Oleh: Hilmi Abdul Malik
HULU SELANGOR: Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi proses lanjutan reman.
Suspek yang dibawa menaiki kenderaan polis tiba di mahkamah pada jam 9.04 pagi.
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi proses lanjutan reman.
Suspek yang dibawa menaiki kenderaan polis tiba di mahkamah pada jam 9.04 pagi. pic.twitter.com/ZyHknNgx4P
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 22, 2024
Sebelum ini, suspek telah direman selama tujuh hari dimana tempoh reman tersebut telah tamat pada hari ini.
Setakat ini, polis telah menemui beberapa bahan bukti dipercayai milik mangsa antaranya beg tangan dan telefon pintar.
Penemuan itu susulan hasil operasi pasukan forensik di Kampung Sri Kledang serta Sungai Trolak, Perak.
Kelmarin, polis juga telah mengambil beberapa keterangan pekerja sebuah kebun ubi di Slim River, Perak.
Berdasarkan hasil soal siasat, suspek dikatakan telah pergi ke kebun berkenaan serta beberapa lokasi lain sebelum kejadian.
Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang pada 15 Julai lalu.
Penemuan mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu telah membawa kepada tangkapan seorang suspek lelaki yang juga merupakan anggota polis berpangkat lans koperal.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa