comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Polis temui kunci kereta, dompet di lokasi kedua 

Oleh: Fareez Azman

TROLAK: Polis menemui dompet dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah di Sungai Trolak, Kampung Batu 4, di sini kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi.

Dompet itu ditemui kira-kira 5 meter dari lokasi penemuan sebuah kunci kereta pada jam 11.20 pagi oleh pasukan Unit Sub Akuatik Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan dompet berkenaan terkandung kad pengenalan dipercayai milik mangsa.


Terdahulu, pasukan penyelam dari Unit Sub Akuatik Forensik PDRM itu tiba kira-kira jam 10.30 pagi sebelum menyambung operasi mencari barangan dipercayai milik Allahyarham di lokasi.

Rabu lalu, pasukan sama berjaya menemui beg dipercayai milik Allahyarham.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Susulan itu, seorang anggota polis  ditahan reman  bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini