SUNGAI BULOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon untuk melanjutkan reman anggota polis disyaki terlibat kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang tamat Isnin depan.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama berkata ini susulan siasatan masih lagi di peringkat awal dan terdapat banyak aspek yang belum diselesaikan.
Semalam Bernama melaporkan 26 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu termasuk rakan Allahyarham dan rakan sekerja suspek.
Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang pada 15 Julai.
Susulan itu, polis menahan seorang anggota polis berusia 26 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hari ini jenazah Nur Farah Kartini dituntut keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.– BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa
| ARTIKEL BERKAITAN
- Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh
- Kes bunuh Farah Kartini: Suspek disahkan anggota polis
- Mayat Nur Farah Kartini ditemui hampir reput, sudah meninggal dunia beberapa hari – Polis
- Bedah siasat mayat Nur Farah Kartini selesai, tunggu laporan lengkap makmal
- [VIDEO] Jenazah Nur Farah akan dikebumikan di Pekan – Abang
- Kes bunuh Farah Kartini: UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah
- [VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Waris tiba di hospital untuk tuntut jenazah
- Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Tiada aktiviti pencarian di lokasi kedua ketika ini
- Kes Bunuh Farah Kartini: DNA sah mayat Nur Farah – KP Selangor
- Kes bunuh Farah Kartini: KKM sedia tawar khidmat kaunseling kepada keluarga
- Kes bunuh Farah Kartini: Jenazah akan dikebumi hari ini – Abang mangsa
- [VIDEO] Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan