comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: “Kami puas hati, harap keadilan untuk Allahyarham” – Sepupu

Oleh: Fareez Azman

KUALA KUBU BHARU: Sepupu kepada Nur Farah Kartini Abdullah iaitu Suzursofia Smeth Jaya, 33, berpuas hati dengan pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap seorang anggota polis yang didakwa membunuh Allahyarham.

Dia yang mewakili keluarga Nur Farah Kartini bagi menyaksikan prosiding itu, menyifatkan ia satu perkembangan positif bagi mendapatkan keadilan buat Allahyarham.

“Perkembangan positif, buat masa ini. Jadi kita tunggu 30 Ogos depan. Setakat ini berpuas hati.

@buletintv3

Sepupu kepada Nur Farah Kartini yang mewakili keluarga Allahyarham bagi menyaksikan prosiding hari ini menyatakan rasa puas hati dengan pertuduhan terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. #BuletinTV3 #beritaditiktok #FarahKartini #kesbunuhfarahkartini

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

“Kita harap keadilan terhadap Allahyarham terbela itu la yang kita harap,” jelasnya ketika ditemui Buletin TV3 di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini yang mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit.

Tertuduh berdepan pertuduhan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos depan bagi sebutan semula kes dan penyerahan laporan pemeriksaan DNA dan telekomunikasi oleh pasukan pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah melakukan perbuatan itu dengan menyebabkan kematian Nur Farah Kartini diantara jam 9 pagi 10 Julai sehingga jam 6.00 petang 15 Julai lalu di Ladang SKC Kledang, Mukim Hulu Bernam, Hulu Selangor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini