Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Jenazah dibawa ke Pekan, Pahang untuk dikebumi

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SUNGAI BULOH: Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang dituntut ahli keluarga dibawa ke Pekan, Pahang untuk dikebumikan.

Van membawa jenazah dilihat meninggalkan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh pada jam 2.05 tengah hari.

Terdahulu. proses pengurusan jenazah dilakukan di hospital sama yang mengambil masa kira-kira 2 jam.

Pergerakan van jenazah turut diiringi beberapa buah kenderaan termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

Abang mangsa, Mohd Farriza Amir Abdullah mengesahkan jenazah akan dikebumikan hari ini sekitar jam 5 atau 6 petang selepas selesai solat jenazah.

Isnin lalu, mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang.

Penemuan mayat berkenaan telah membawa kepada tangkapan seorang suspek lelaki yang juga merupakan anggota polis berpangkat lans koperal.

Suspek direman selama seminggu bagi tujuan siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini