Tumpuan :
Jenayah

Kes bunuh Farah Kartini: Jenazah akan dikebumi hari ini – Abang mangsa 

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SUNGAI BULOH: Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah akan dikebumikan hari ini di Pekan, Pahang.

Perkara itu dikongsikan abang mangsa, Mohd Farriza Amir Abdullah ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh hari ini.

“Proses kebumi akan dibuat hari ini di Pekan, Pahang. Jenazah akan terus dibawa ke sana.

“Kebumi dijangka sekitar jam 5 atau 6 petang,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan, ujian DNA terhadap mayat yang ditemui itu sah milik Nur Farah Kartini.

Semalam, polis turut mengambil sampel DNA ahli keluarga bagi tujuan pengecaman sebelum jenazah diserahkan sepenuhnya kepada waris keluarga hari ini.

Isnin lalu, mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang.

Penemuan mayat berkenaan telah membawa kepada tangkapan seorang suspek lelaki yang juga merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal.

Suspek direman selama seminggu bagi tujuan siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini