comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes Bunuh Farah Kartini: DNA sah mayat Nur Farah – KP Selangor

SUNGAI BULOH: Polis sahkan keputusan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) terhadap mayat yang ditemui merupakan Nur Farah Kartini Abdullah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.

“Ya. mayat akan diserah hari ini. DNA positif, mayat adalah Farah (Nur Farah Kartini).” jawabnya ringkas.

Semalam, polis turut mengambil sampel asid DNA keluarga Allahyarham Nur Farah susulan kesukaran pengecaman secara visual terhadap jenazah mangsa.

Proses itu juga perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga sepenuhnya.

Isnin lalu, mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Susulan daripada penemuan mayat itu, seorang suspek lelaki yang juga merupakan seorang anggota polis direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini