comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes bunuh Farah Kartini: Anggota polis akan ditahan tugas

Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa membunuh Nur Farah Kartini – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Anggota polis yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Bukit Aman sudah menerima cadangan daripada Ketua Polis Perak untuk menahan kerja anggota polis terbabit.

“Pihak Bukit Aman menerima cadangan itu untuk menahan kerja anggota polis terbabit, katanya ketika dihubungi hari ini, menurut Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan, anggota polis berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit.

Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa membunuh Nur Farah Kartini, bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini antara 10 hingga 15 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Nur Farah Kartini, 25, yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan meninggal dunia di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayatnya ditemukan kira-kira 6 petang 15 Julai lalu, dipercayai dibunuh individu dikenali dan susulan itu, polis menahan anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini