Tumpuan :
Jenayah

Kerugian jenayah komersial cecah RM3.1 bilion sepanjang 2024

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) , Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika bercakap pada sidang media mengenai rangkuman jenayah komersil 2024 dan cabaran mendepani jenayah komersil 2025 di Menara KPJ. – Foto: NSTP

Oleh: Aliyaa Azmi

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman merekodkan kerugian lebih RM3.1 bilion akibat jenayah komersial sepanjang tahun 2024.

Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata sebanyak 41,701 kertas siasatan dibuka, dengan 37,240 kes melibatkan penipuan yang mencatatkan kerugian tertinggi, iaitu RM2.45 bilion.

“Kes pecah amanah jenayah merekodkan 1,448 kes dengan kerugian RM546.39 juta, diikuti salah guna harta secara curang 66 kes (RM66.29 juta), jenayah siber 720 kes (RM32.7 juta), pemalsuan 128 kes (RM10.1 juta), dan wang palsu 950 kes (RM1.16 juta),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, kes jenayah membabitkan Akta Pemberi Pinjaman Wang (along) mencatatkan 1,060 kes dengan kerugian RM5.2 juta, manakala dua kes berkaitan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) turut direkodkan. Selain itu, terdapat 91 kes lain dengan kerugian keseluruhan RM3.11 juta.

Ujarnya, kes penipuan dalam talian disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini