Oleh : Zahir Senapiah
JOHOR BAHRU: Kertas siasatan kes tujuh remaja yang memukul seorang pelajar di taman Bestari Aindah, Putri Wangsa telah siap dan dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Ketua polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, semua suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam sebaik selesai proses siasatan.
“Kertas siasatan telah dihantar kepada pejabat timbalan pendakwa raya, jadi kita tunggu arahan lanjut” katanya ketika dihubungi.
Semalam tujuh remaja berumur 14 hingga 17 tahun termasuk seorang remaja warga asing direman dua hari bagi membantu siasatan kes pukul di Taman Bestari Indah pada 9 Ogos lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, R.Salini di Mahkamah Majistret.
Hasil siasatan awal polis mendapati suspek utama tidak berpuas hati dengan mangsa yang juga remaja lelaki berusia 15 tahun dipercayai berkawan dengan teman wanitanya menjadi punca mangsa dipukul beramai- ramai.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Kesiksaan.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.