![](https://media.buletintv3.my/2024/01/QQfXpy6q-BULETIN-TV3-70.jpg)
GOMBAK: Penduduk di sebuah kawasan perumahan dikejutkan dengan cat berwarna merah pada beberapa kereta milik mereka disyaki akibat disembah oleh ahlong.
Kejadian itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter mendakwa kejadian itu berlaku ke atas rakanya yang tinggal di sebuah kawasan perumahan itu pagi tadi.
Menurut Berita Harian, suspek turut meninggal nota ugutan meminta penduduk memaksa seorang jiran mereka supaya segera membayar hutang sebelum diapa-apakan dengan tindakan lebih drastik.
“Jangan cabar saya untuk bakar rumah ini, suruh jiran korang settle kan (selesaikan) secepatnya, jika tidak faham-faham lah apa yang akan saya buat nanti,” ugut ahlong terbabit pada nota berkenaan.
Sementara itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.