comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran ada unsur jenayah, polis buru Azman

MUAR: Polis mengesahkan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah separa kekal di Kampung Paya Redan, Pagoh, awal pagi semalam mempunyai unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Razi Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil siasatan lanjut polis di lokasi kejadian dan hasil bedah siasat ketiga-tiga mangsa mendapati terdapat kesan berunsur jenayah.

“Pihak polis mengklasifikasikan semula kes di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan, Seksyen 436 kanun keseksaan dan Seksyen 326 kanun keseksaan. Kini usaha mengesan suspek utama iaitu Azman Mohamed, 48 yang juga anak kepada pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran berkenaan sedang giat dijalankan” katanya dalam satu kenyataan.

 

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, ASP Siti Rohayu Salih di talian 016-2199592 atau hubungi hotline IPD Muar di talian 06-9564800, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Jumaat, Noradriana Nor Hasyim, 11, bersama datuk dan neneknya, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, terkorban dalam kebakaran selepas rumah didiami mereka di Kampung Paya Redan, terbakar.

Keadaan rumah didiami tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, pagi semalam.-Foto: NSTP

Seorang lagi cucu mereka, Norazima Mohd Radhi, 14, mengalami kecederaan pada kepala dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini