comscore
Tumpuan :
Jenayah

Keldai Akaun : 4 Wanita, Seorang Lelaki Ditahan

Foto hiasan

BALIK PULAU : Polis Pulau Pinang menahan empat wanita dan seorang lelaki yang disyaki menjadi ‘keldai akaun’ sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM132,580 dalam serbuan sekitar Perak semalam.

Menurut kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, mereka yang ditahan berusia 22 hingga 42 tahun dan dipercayai terlibat dalam sindiket Macau Scam, pelaburan serta pinjaman tidak wujud.

“Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis berjaya menahan lima individu itu dalam serbuan berbeza di sekitar Perak dan siasatan mendapati mereka disyaki menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan.

“Berdasarkan maklumat, jumlah kerugian yang dialami mangsa sindiket ialah RM7,500 hingga RM132,580 membabitkan kes penipuan yang dilaporkan di sini sejak tahun 2020 hingga tahun ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan kesemua suspek direman selama tiga hingga empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Loading...
Terkini