comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kejadian tabur paku di Jalan Ipoh-Lumut bukan angkara ‘longkai’

Keratan laporan berita pada 2 April lalu.

IPOH: Polis menafikan suspek yang menabur paku ke atas jalan raya sambil memandu di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing di sini, yang tular menerusi media sosial, mempunyai kaitan dengan aktiviti menunda kenderaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, siasatan polis dapati perbuatan khianat itu dilakukan suspek berusia 45 tahun itu yang berada di bawah pengaruh dadah.

“Motif pelaku, hanya kerana dia di bawah pengaruh dadah susulan hasil ujian air kencing mendapati dia positif.

“Dia juga bukan seorang mekanik, bukan juga bersekongkol dengan ‘geng’ tarik kereta. Dia seperti (kelihatan) ada ‘psiko’ sedikit kerana pengaruh narkotik,” katanya kepada pemberita sewaktu ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Katanya lagi, penahanan suspek bererti kes itu sudah selesai.

Kelmarin, media melaporkan mengenai penahanan lelaki itu yang diberkas di Changkat Larang, Lahat, di sini, kira-kira jam 3 pagi Sabtu lalu dengan suspek ditahan reman empat hari sehingg hari ini bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif dilapor berkata pihaknya menjejaki pelaku itu selepas terkesan dengan video tular berdurasi 24 saat.

Beliau mengesahkan turut menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pengguna jalanraya yang mengalami tayar bocor kenderaan mereka selepas melalui kawasan itu.

Loading...
Terkini