comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kejadian pecah rumah Khuzaimi tiada kaitan dengan kariernya – Polis

KAJANG: Polis percaya kejadian pecah rumah membabitkan pemain Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee tiada kaitan dengan statusnya sebagai pemain bola sepak profesional.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berdasarkan siasatan awal pihaknya percaya suspek menyasarkan kediaman itu kerana ketika kejadian premis tidak berpenghuni.

“Rumah ini bukan menjadi sasaran sebab pemiliknya pemain bola sepak, ia hanya kebetulan dan tiada kena mengena dengan isu pemain bola sepak.

“Hasil siasatan (saksi) mendapati suspek mengintai beberapa rumah sebelum rumah mangsa dan dapati rumah mangsa tidak berpenghuni sebab itulah dia masuk,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Polis Selangor di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakan, di sini hari ini.

Tambahnya, polis percaya kejadian itu tiada kaitan dengan beberapa kes membabitkan pemain bola sepak kebangsaan sebelum ini.

Ujarnya ketika ini polis masih lagi mengesan dua suspek yang dipercayai terbabit dengan kes itu

Media sebelum ini melaporkan kediaman pemain pertahanan Selangor FC itu di Shah Alam dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor.

Berdasarkan laporan polis dikongsikan mangsa di Instagram, beliau kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport antarabangsanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini