comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kastam rampas rokok dan tembakau bernilai RM21.31 juta

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan sindiket penyeludupan rokok dan tembakau bernilai RM21.31 juta di Pelabuhan Klang.

Menurut Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, 15 kontena tersebut ditahan berasingan pada 22 Julai dan 12 Ogos lalu.

Sebanyak 150.26 juta batang rokok putih serta rokok kretek dan 30 ribu kilogram tembakau dirampas dalam serbuan itu.

Ia dilaporkan sebagai penyeludupan terbesar melibatkan ketirisan cukai sebanyak RM96.78 juta ringgit bagi bahan komoditi rokok dan tembakau untuk tahun ini.

Menurutnya, dagangan berkenaan berasal daripada sebuah negara di Asia dan Eropah.

“Modus operandi kes ini adalah dengan membuat pengikraran yang tidak benar di dalam manifes import.

“Rokok tersebut diikrarkan sebagai ‘fertilizer ‘(amonium sulphate) dan ‘coated card’, katanya semasa sesi sidang media di Wisma Kastam Pulau Indah, Pelabuhan Klang, petang tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1A) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport apa apa barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan.

Loading...
Terkini