comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kanak-kanak hilang disyaki diculik, wanita antara tiga ditahan

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita berumur 28 hingga 55 tahun di kawasan Gelang Patah, Iskandar Puteri bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Eco Galleria, Taman Botani, Iskandar Puteri, dua hari lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar berkata, kes disiasat di bawah seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Beliau memaklumkan perkembangan itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun tidak dijelaskan bila tiga individu berkenaan ditahan dan lokasinya.

Justeru orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke talian hotline Polis Johor 019-2792095 atau bilik gerakan di talian 07-2212999.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis.

Mangsa berketinggian 120 sentimeter (cm) dan berambut panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.

Ketika hilang, kanak-kanak itu memakai baju T-shirt putih bergambar ‘Mickey Mouse’ dan berseluar pendek.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini