comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kakak Bella buat laporan polis, dakwa kena ugut

Norhisham (kiri) bersama adiknya, Bella yang mati dibunuh.

BATU PAHAT: Kakak kepada Bella atau Mila Sharmila Samsusah membuat laporan polis susulan dakwaan terdapat ugutan diterima daripada individu yang disyaki ada pertalian dengan bekas teman lelaki arwah adiknya.

Difahamkan, Norhisham, 36, atau lebih dikenali sebagai Ayu membuat laporan polis pada jam 11 malam tadi di Johor Bahru selepas menerima dua tangkap layar daripada orang awam yang dihantar kepadanya.

Tangkap layar pertama tertera ayat: “Baru permulaan, game play. Everything will start from now. Ready. Bukan setakat gila saya buat.”

Manakala tangkap layar kedua “Baru setengah hari tunggu la, tak lama lagi mesti sahur dekat dalam huhuhu.”

Menurut Ayu, beliau percaya kedua-dua tangkap laya itu ada kaitan dengan penahanannya selama sehari pada Isnin lalu.

Menjelaskan lebih lanjut, Ayu berkata ada orang awam yang dia tidak kenali berkongsi tangkap layar terbabit sambil memintanya berhati-hati.

“Jadi saya buat laporan polis lebih kepada ugutan kerana bimbang keselamatan saya dan keluarga. Saya juga takut keselamatan anak-anak Bella, kami takut jika ada pihak cuba mengapa-apakan,” katanya.

Ayu berkata sejak kes pembunuhan adiknya sehingga pertuduhan terhadap teman lelakinya, dia merasakan seperti ada pihak sedang memerhatikannya.

Katanya, disebabkan itu dia mengambil sikap berhati-hati terutama ketika keluar rumah kerana bimbang ada individu mengekorinya.

“Saya berasa seperti diperhatikan, macam ada pihak berdendam dengan kami susulan penahanan teman lelaki Bella,” jelas Ayu.

Menurut Ayu, beliau bimbang pihak berkenaan mempunyai niat buruk terhadap dirinya, keluarga dan anak-anak Bella.

Minggu lalu, Ayu menjalani tahanan reman sehari susulan satu laporan polis dibuat keluarga bekas teman lelaki Bella yang mendakwa Ayu dalam siaran menerusi TikTok menggunakan gambar anak angkat kepada tertuduh utama kes pembunuhan Bella.

Menurut peguam Ayu, mahkamah hanya membenarkan penahanan itu selama sehari kerana Ayu dalam siarannya itu tidak mendedahkan muka kanak-kanak terbabit seperti didakwa keluarga teman lelaki Bella.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini