comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Jenazah pereka dalaman dikebumikan di Kulim selepas Isyak 

SUNGAI BULOH: Jenazah Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36 tahun, pereka dalaman yang dibunuh kejam di kediamannya di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara semalam, selesai menjalani proses bedah siasat petang tadi.

Tinjauan Buletin TV3 mendapati, jenazah Allahyarham dibawa keluar dari Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 3.48 petang.

Jenazah sebelum itu dikafan dan disembahyangkan oleh ahli keluarga dan kenalan di sini.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa menaiki van jenazah ke Masjid Tunku Abdurrahman Putra Qaryah Sungai Limau, Lunas, Kedah untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tunku Abdul Rahman Putra.

Semalam, jenazah Allahyarham Muhammad Sharqawi ditemui dengan lebih 20 kesan tikaman di kediamannya pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam sekitar jam 1 pagi semalam yang mendakwa terdengar pergaduhan antara mangsa dan seorang individu yang tidak dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun polis tidak menolak kemungkinan kes bunuh itu berpunca daripada pecah rumah bertukar kepada kejadian samun dan menyebabkan kematian susulan beberapa barangan peribadi mangsa turut hilang.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini