comscore
Tumpuan :
Jenayah

Isteri cedera dibelasah suami penagih

PASIR PUTEH: Seorang wanita berusia 28 tahun cedera selepas dikatakan dibelasah suaminya yang juga penagih dadah di Kampung Banggol Pak Esah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa cedera pada kepala dan leher selepas dicekik suspek berusia 35 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata suspek ditahan di rumah mereka selepas mangsa membuat laporan pada jam 1.16 petang semalam dan kini direman empat hari, bermula hari ini.

Kejadian dipercayai berpunca apabila suspek menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah Methamphetamine. Suspek juga mempunyai empat rekod lampau jenayah berkait dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa sudah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18 Akta Keganasan Rumah Tangga. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini