comscore
Tumpuan :
Jenayah

Inspektor Sheila sah digantung tugas – PDRM

FOTO: NSTP

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia PDRM mengesahkan Inspektor percubaan Sheila Sharon Steven Kumar telah dikenakan perintah tahan kerja mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan PDRM Datuk Seri Azri Ahmad berkata, sehubungan itu segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan pihak berkuasa tatatertib PBT.

Artikel berkaitan: ‘Inspektor Sheila’ mengaku tidak bersalah 

“Perintah tahan kerja di bawah Seksyen 78 Akta Polis 1967 telah pun disempurnakan ke atas subjek.”

“Sehubungan itu segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT).

Artikel berkaitan: ‘Inspektor Sheila’ ditahan kerja, 8 kertas siasatan dibuka

Terdahulu ‘Inspektor Sheila’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap kesemua tiga pertuduhan berhubung ugutan dan mengaibkan anggota bawahan serta orang awam.

Sebelum ini, dia mendakwa tidak menerima surat penggantungan daripada PDRM.

 

Loading...
Terkini