SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang lelaki iaitu pekerja pembersihan cedera di kaki ditembak oleh suspek dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku sebelum pusat beli belah itu ditutup.
“Mangsa cedera terkena beberapa das tembakan oleh suspek. Suspek sudah melarikan diri dipercayai seorang sahaja setakat ini.
“Tempat ini selamat untuk orang awam dan esok boleh beroperasi seperti biasa,” katanya kepada media di lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Mohd Iqbal berkata, pihak forensik juga menjalankan pemeriksaan dan siasatan di lokasi kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan penuh sebaik selesai.
Suspek dipercayai melarikan diri dengan menahan sebuah kenderaan sebelum memaksa pemandunya membawa dia keluar dari kawasan kejadian.
Terdahulu, media melaporkan satu kejadian tembakan berlaku menggemparkan orang awam yang mengunjungi pusat beli belah itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.