Tumpuan :
Jenayah

Ibu ditahan abai dua anak

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.- Foto fail NSTP

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Seorang tukang urut ditahan selepas dipercayai mengabaikan dua orang anaknya di Taman Kosas, 7 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat dua beradik lelaki berusia setahun sebulan dan enam tahun, terkurung lama di dalam rumah mereka kerana ibunya sudah lama tidak pulang.

“Sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sebelum berjaya menyelamatkan kedua-dua kanak-kanak terkurung di dalam rumah tersebut.

“Jadi dua hari selepas kanak-kanak itu diselamatkan, polis telah berjaya membuat tangkapan ke atas wanita tempatan berumur 41 tahun yang merupakan ibu kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua kanak-kanak lelaki yang diselamatkan telah dibawa ke Hospital Ampang bagi pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat kesan parut lama dan baru di seluruh badan dan sehingga sekarang masih dirawat di Hospital Ampang. Kami juga masih menyiasat punca kecederaan,” ujarnya.

Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif kejadian.

Suspek didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau kes curi.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga Rabu.

Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)/ 33 Akta Kanak-kanak 2001 merujuk kepada penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini