Tumpuan :
Jenayah

Ibu 3 anak maut disyaki dibunuh teman lelaki

Foto hiasan

MELAKA: Seorang wanita yang juga ibu kepada tiga anak ditemukan mati disyaki dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah sewa di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Pokok Mangga, di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 52 tahun merupakan penyanyi sambilan ditemukan pada jam 11 pagi dalam keadaan terbaring di atas katil di rumah dua tingkat berkenaan yang disewa bersama teman lelakinya sejak lima bulan lalu.

Difahamkan kejadian itu disedari teman serumahnya selepas tidak melihat pasangan itu sejak Jumaat lalu.

Bagaimanapun sehingga kini, polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

Buletin TV3 masih berusaha mendapatkan butiran rasmi mengenai kejadian itu daripada pihak polis.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini