comscore
Tumpuan :
Jenayah

Guru tuisyen diperdaya ‘scammer’ RM206,000

Foto hiasan

BATU PAHAT: Guru tuisyen menanggung rugi sehingga RM206,000 selepas diperdaya pelaburan tidak wujud dalam talian media sosial.

Kejadian berlaku bulan lalu, selepas guru berkenaan mahu membeli buku terpakai bahasa Inggeris menerusi Facebook dan WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata mangsa berusia 48 tahun berurusan dengan suspek untuk pembelian buku, sebelum diajak menyertai pelaburan dengan menjanjikan pulangan lumayan, 11 Ogos lalu.

Suspek juga pada awalnya memerangkap mangsa dengan berkongsi satu pautan menggunakan kata laluan suspek, sekadar mahu menyakinkan pelaburan didakwa wujud.

“Suspek cuba meyakinkan mangsa bahawa pelaburan ditawarkan akan memberi pulangan sehingga AS$200,000 milik suspek yang belum ditebus.

“Mangsa juga diberitahu akan menerima keuntungan selepas 10 malam dengan setiap modal dilaburkan akan diperoleh semula berserta baucar sebanyak lima peratus.

Mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudiannya membuat pemindahan ke dalam lima akaun berbeza sejak 25 Ogos hingga 5 September lalu,” katanya dalam kenyataan.

Semua pindahan wang dilakukan atas arahan suspek dengan keseluruhan berjumlah RM206,000.

Namun, katanya, selepas pembayaran dibuat mangsa tidak menerima pulangan dan baucar seperti yang dijanjikan.

Akibat diperdaya,mangsa kemudiannya membuat laporan polis dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini