Tumpuan :
Jenayah

Guru rugi RM198,550 terpedaya panggilan palsu

MUAR: Panik didakwa terbabit melakukan ubah suai meter elektrik, seorang guru rugi RM198,550 selepas ditipu sindiket panggilan palsu yang menyamar sebagai pegawai polis dan wakil syarikat tenaga tempatan.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki berusia 54 tahun itu telah menerima panggilan palsu berkenaan pada 24 November lalu.

Mangsa diberitahu terlibat dengan ubah suai meter elektrik dan terdapat waran tangkap.

Katanya, mangsa kemudian disambung kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis dan menyatakan mangsa juga terlibat dengan pengubahan wang haram.

Suspek telah meminta mangsa membuat bayaran bagi membuktikan dia tidak melakukan kesalahan itu.

“Disebabkan takut dan percaya dengan kata-kata suspek, mangsa telah membuat 19 transaksi pemindahan wang ke lapan akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM198,550.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 10 tahun, sebatan dan denda.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini