Tumpuan :
Jenayah

Guna dokumen palsu, dua pemilik syarikat ditahan 

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki menggunakan dokumen perjanjian yang mengandungi butir matan palsu bagi tujuan memperdayakan dan mendapatkan wang pelaburan bernilai kira-kira RM200,000 bagi kerja pembekalan pasir di sebuah daerah di negeri ini sedangkan projek tersebut tidak dilaksanakan.

Sumber berkata, dua suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 40-an dipercayai ditahan kira-kira jam 3.30 petang tadi di pejabat SPRM Selangor ketika diminta hadir memberi keterangan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dipercayai secara bersama menggunakan dokumen yang mengandungi butiran palsu memperdayakan dua ahli perniagaan termasuk seorang berpangkat Datuk bagi projek pembekalan pasir pada tahun 2022.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok.

Loading...
Terkini