comscore
Tumpuan :
Jenayah

Gangguan seksual : Polis ambil keterangan pegawai kanan agensi penguatkuasaan esok – KPN

Foto : NSTP

KUALA LUMPUR : Polis akan merakam keterangan seorang pegawai kanan  agensi penguatkuasaan esok membabitkan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia akan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Rakaman percakapan pegawai itu akan diambil esok jam 2.30 petang,” katanya.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan gangguan seksual oleh seorang ketua pengarah sebuah agensi penguatkuasaa terhadap seorang wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilapor berkata, ia susulan laporan polis diterima pada 14 November lalu.

Terdahulu, tular laporan polis dibuat seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang juga perunding kewangan mendakwa lelaki bergelar ‘Datuk’ itu mengganggunya menerusi WhatsApp, sejak tahun lalu.

Mangsa mendakwa pegawai itu mengganggu dengan perkongsian video dan perbualan lucah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini