Tumpuan :
Jenayah

Gaduh di luar gelanggang futsal, 18 lelaki dtahan

Tangkap layar video pergaduhan yang berlaku di kawasan luar gelanggang futsal di Jalan Tanjung Purun, Labuan

LABUAN: 18 lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di luar gelanggang futsal di Jalan Tanjung Purun, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Robin@Ridzuan Ismail berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 1 tengah hari ketika perlawanan dua pasukan sedang berlangsung.

Katanya, susulan kejadian, polis menahan seramai 18 lelaki tempatan berusia 17 hingga 32 tahun disyaki terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku akibat provokasi antara penyokong dan pemain sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Akibat kejadian itu, seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihaknya meminta saksi kejadian tampil ke Balai Polis Labuan bagi membantu siasatan.

Semalam, tular rakaman video menunjukkan kekecohan berlaku di kawasan luar gelanggang futsal di Jalan Tanjung Purun.

Loading...
Terkini