Tumpuan :
Jenayah

Enam lelaki dicekup proses dan edar air ketum

| Oleh Naim Fitri Abu Bakar

BAYAN LEPAS: Enam lelaki dipercayai terbabit dalam aktiviti memproses dan mengedar air ketum dicekup polis dalam serbuan berasingan  di Teluk Kumbar, di sini, Khamis lalu.

Kesemua mereka berusia lingkungan 23 hingga 51 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Barat Daya menerusi Ops Tapis .

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata dalam tangkapan pertama di sebuah pondok tepi laut di Kampung Nelayan, empat lelaki diberkas.

Pemeriksaan menemui 30 liter disyaki air ketum dan 500 mililiter ubat batuk serta wang tunai RM950 disyaki hasil  jualan air ketum.

“Susulan daripada itu, serbuan kedua yang dilakukan di sebuah rumah polis menahan dua lelaki dan hasil pemeriksaan di rumah berkenaan telah menemukan disyaki daun ketum seberat 50 kilogram dan 2 liter air ketum diproses serta peralatan memproses air ketum.

“Siasatan lanjut mendapati mereka ini aktif melakukan kegiatan memproses dan mengedar sejak tiga bulan lalu dan bekalan daun ketum itu diperoleh dari Sungai Petani, Kedah,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Barang rampasan dianggarkan bernilai RM3,575.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Loading...
Terkini