KUALA LUMPUR: Empat lagi suspek kes rogol bergilir-gilir masih berada dalam negara, menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.
Katanya, usaha mengesan empat suspek berusia antara 20-an hingga 30-an itu giat dilakukan.
“Walaupun suspek utama iaitu abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu sudah dituduh mengikut Seksyen Seksyen 107 Kanun Keseksaan (KK) bersama Seksyen 375B KK.
“Kita masih giat mengesan keempat-empat suspek dipercayai melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam Ashari dilaporkan berkata, abang ipar mangsa berusia 29 tahun dipercayai terbabit penagihan dadah.
“Abang ipar didapati positif dadah methamphetamin,”katanya.
Abang ipar mangsa ditahan Sabtu lalu di hadapan sebuah kedai di Wangsa Maju.
Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan mangsa berusia 27 tahun tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek pada jam 3.30 pagi.
Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir oleh rakan abang iparnya dan perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek.
Artikel berkaitan: Rogol bergilir-gilir: Abang ipar dicekup, 4 lagi masih diburu