comscore
Tumpuan :
Jenayah

Empat pelajar IPT ditahan terlibat sindiket dadah di Seri Iskandar

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Polis menahan empat pelajar, termasuk dua perempuan sebuah Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) di Seri Iskandar kerana dipercayai terlibat dengan sindiket dadah.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata suspek lingkungan usia 20 hingga 22 tahun itu ditahan di sebuah rumah jenis teres dua tingkat kira-kira 1.40 petang.

“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut telah menjumpai satu bahan disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat hampir dua kilogram dan bernilai RM2,500. Kesemua dadah ini dipercayai untuk kegunaan sendiri dan untuk tujuan pengedaran.”

“Kes disiasat di bawah seksyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya1952,” katanya.

Polis juga menyita wang tunai berjumlah RM400, sebuah kereta jenis Mercedes Benz C200 dan seutas rantai leher.

Tiga suspek direman sehingga 19 November, manakala seorang lagi direman sehingga 20 November ini.

Kejayaan ini jelasnya adalah hasil kerjasama berterusan di antara masyarakat dengan agensi penguatkuasaan khususnya PDRM.

Justeru, PDRM Perak menyarankan kepada orang ramai untuk terus menyalurkan sebarang informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembenterasan dapat terus dipertingkatkan bagi memastikan negeri Perak bebas daripada jenayah ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini