comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] [EKSKLUSIF] Jenayah siber, angkara ‘scammer’ puluhan ribu duit lesap

 

Salah seorang mangsa jenayah siber, pesara kerajaan yang mahu dikenali Maimunah.

Oleh Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Jenayah siber atau penipuan dalam talian bukan perkara baharu di negara ini.

Kerugian dicatatkan pula mencecah jutaan ringgit sehingga hasil titik peluh termasuk pesara disapu habis.

 

Bukan sekali dua kes-kes penipuan sedemikian diuar-uarkan, namun masih ramai yang terjerat malah, ada yang mendakwa seperti dipukau dan tidak kurang pula yang hanya mengikut arahan kerana terdesak.

Salah seorang mangsa, pesara kerajaan yang mahu dikenali Maimunah memberitahu Buletin TV3, dia menerima satu panggilan telefon sekitar 4.30 petang, 10 Mac tahun lalu.

 

Si pemanggil mendakwa sebagai seorang pegawai polis dan kononya akaun banknya digunakan pihak ketiga untuk aktiviti jenayah.

Gertak si pemanggil lagi, tindakan undang-undang menanti jika dia didapati bersekongkol dengan pihak terlibat.

Panggilan kemudian disambung kepada seorang wanita kononnya dari Bank Negara yang memberitahu akaunnya terpaksa dibekukan. Wanita 75 tahun yang mula panik ini terpaksa mengikut arahan diberikan.

“I will teach you to delete you know dia macam buat kita khayal tau suara dia suara dia memujuk je tau memujuk dia memujuk datanglah 4 number itu TAC! I give everything then with that they created internet banking. To withdraw RM25K, 25K,25K, within 15 saat because when i got the report i saw it all the detail report tu.”

Sekelip mata, wang simpanan berjumlah RM75,000 lesap.

Maimunah hanya sedar ditipu lapan jam kemudian setelah berasa tidak sedap hati dan terkejut apabila mendapati wang simpanannya selama 40 tahun telah dicuri. Laporan polis kemudian dibuat untuk tindakan lanjut.

Bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, Maimunah bangkit dan berazam memerangi penipuan ini dengan menyertai pelbagai kempen termasuk Jelajah Anti Scam Kebangsaan yang dilancarkan Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil, Februari lalu.

 

“Tolong ingat kerajaan kita tak kiralah siapa menjadi kerajaan tak pernah telefon orang bercakap mengenai crime tak pernah oh saya daripada PDRM tak ada kalau apa-apa go to the nearest police station find out”.

Lain pula kisahnya dengan Haryati yang juga bekas pendidik ini.

Haryati menekan pautan aplikasi WhatsApp, akibat terdesak mendapatkan perkhidmatan cuci rumah yang murah di media sosial sekitar Oktober tahun lalu.

Akibat terdesak mendapatkan perkhidmatan cuci rumah yang murah di media sosial sekitar Oktober tahun lalu, dia terus menekan pautan yang menghubungkannya kepada agen bernama Alex menerusi aplikasi WhatsApp.

Haryati kemudian diminta melakukan transaksi sebanyak RM10.00 dengan menggunakan pautan perbankan yang diberikan tanpa mengesyaki apa-apa.

Haryati yang merupakan bekas pendidik, terpedaya dengan iklan perkhidmatan cuci rumah yang murah di media sosial.

“Esok pagi tu saya call Alex ni telefon pun tak berjawab daripada pukul 8 pagi sampai 10 pagi lepas tu anak saya kata there must be something wrong lah mama lepas tu anak saya terfikir lah pulak entah-entah scammer ni bukak kita check duit mama pergi bukak dalam maybank saya tu kosong tinggal”.

Lebih malang lagi apabila wang yang dikumpul itu sepatutnya digunakan untuk merawat suami dan anaknya yang sakit.

“Tapi bertahun-tahun kadang kita simpan duit apa semua walaupun bagi sayalah kan walaupun 100-200 tu banyakkan inikan saya kehilangan beribu-ribu ringgit lahkan “.

Sehingga kini, Haryati masih menanti perkembangan siasatan dan berharap mendapat semula wang berkenaan.

Loading...
Terkini