comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua unit kediaman mewah di Persiaran KLCC jadi ”Calling Centre”

KUALA LUMPUR: Kediaman mewah di tengah-tengah ibu negara dijadikan sebagai lokasi “Calling Centre”.

Lokasi itu menjadi tempat sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan dalam talian ini untuk memperdayakan mangsa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata mereka menjadikan dua unit kediaman di Persiaran KLCC di sini, sebagai lokasi ‘Calling Centre’ hingga dapat dihidu polis.

Katanya serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 12.15 tengah malam semalam.

Katanya, seramai 23 individu membabitkan 21 lelaki termasuk sembilan warga asing dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 52 tahun ditahan.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi sejak hampir sebulan lalu dan menyasarkan mangsa di luar negara melalui aplikasi media sosial.

“Sindiket itu juga menggunakan profil peribadi palsu dan memperdaya mangsa dengan tawaran komisen tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, polis turut merampas 31 telefon bimbit, komputer (14) dan masing-masing satu komputer riba, router, modem serta kad akses.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati dua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, kesemua individu yang ditahan itu direman empat hari sehingga 24 September ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini