comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua lelaki direman siasatan bunuh warga emas

BALING: Dua lelaki yang ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki berusia 71 tahun di sebuah rumah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, direman enam hari.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata kedua-dua suspek masing-masing berusia 23 dan 25 tahun itu direman bermula hari ini hingga Sabtu ini.

“Siasatan kes itu masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mangsa dijerut di leher, manakala kaki dan tangan diikat dipercayai menggunakan kain pelekat milik mangsa sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 3.21 petang semalam, warga emas  itu ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya dengan kesan jerut di leher, manakala tangan dan kakinya diikat.

Mangsa ditemui di atas katil dalam bilik utama dan tempat kejadian tidak mempunyai sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Namun, hasil rakaman CCTV di rumah jirannya mendapati terdapat imej dua lelaki tidak dikenali menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna gelap yang dipercayai suspek keluar dari rumah itu.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini