comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua kenderaan peniaga terbakar dipercayai dikhianat

FOTO: NSTP

CHUKAI: Dua buah kenderaan milik seorang peniaga yang dipakir di garaj kediamannya di Taman Jakar Jaya, dekat sini, terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat.

Kedua-dua kenderaan jenis Toyota Alphard dan Ford Renger Reptor itu disedari terbakar peniaga terbabit, Lau Sin Tat, 62, kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II l, Rohaya Jamil berkata, pihaknya yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian.

“Kebakaran itu hanya melibatkan dua buah kenderaan dan anggota bomba berjaya memadam kebakaran itu kira-kira jam 3.30 pagi.

“Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian terbabit masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, anggota dari Unit Forensik PDRM telah melakukan siasatan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat unsur khianat dengan api yang menyebabkan kebakaran itu berlaku.

“Kita percaya perbuatan ini dilakukan lebih daripada seorang individu dan kita minta kerjasama daripada orang ramai yang menyaksilan kejadian itu tampil memberi maklumat kepada pihak polis,” katanya.

Hanyan berkata, selain itu Unit Forensik Bomba dengan bantuan dua anjing pengesan Unit K9 turut melakukan siasatan.

Menurutnya, kes berkenaan 436 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dengan api atau benda letupan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini