comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Dua individu seleweng zakat MAIPk ditahan

IPOH: Polis Perak mengesahkan menahan dua individu berhubung siasatan ke atas sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, MAIPk kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata dua ejen yang ditahan itu masing-masing seorang lelaki dan wanita.

“Ada tangkapan, (membabitkan) seorang lelaki dan seorang wanita. Ejen gagal deposit wang kutipan zakat,” katanya.

Mohd Yusri bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai hubungan antara dua suspek yang ditahan itu, di mana tangkapan dibuat serta sama ada dua yang ditahan itu adalah pemilik syarikat atau pekerja.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata polis menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh MAIPk selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan wang zakat bermula Mac hingga September 2023.

Ia juga adalah antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM9.71 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, difahamkan MAIPk tidak boleh memberi sebarang kenyataan ketika ini kerana perkara itu masih dalam siasatan dan tindakan pihak polis. – Wires NSTP.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini