comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua bot nelayan Vietnam kaut sotong di perairan Terengganu dirampas

KUALA TERENGGANU: Musim mencandat sotong di perairan Terengganu turut menarik perhatian nelayan Vietnam menceroboh dan mengaut hasil laut, menggunakan pukat tunda.

Padahnya, dua buah bot dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Terengganu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid ketika ditemui berkata, kedua-dua bot itu dirampas di kedudukan 95.01 batu nautika Tenggara Muara Terengganu.

“Sekarang musim candat sotong sebab jadi tarikan utama di pantai timur ini itu juga menjadi tarikan juga pada nelaya asing menceroboh perairan Terengganu”, katanya.

Bot nelayan asing tersebut ditahan oleh kapal peronda agensi itu dan seramai 20 orang kru termasuk tekong telah diperiksa dan didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri .

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kru dan tekong berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah akta perikanan 1985 dan akta imigresen 1959/63.

Nilai rampasan dianggarkan tiga juta ringgit.

Untuk rekod, maritim negeri Terengganu telah melakukan 15 tangkapan bot nelayan asing Vietnam sepanjang tahun ini dengan nilai rampasan keseluruhan RM16.5 juta dan 123 kru termasuk tekong ditahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini