comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ditahan di pusat hiburan, ketua balai polis, dua anggota disahkan positif dadah

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR: Ketua balai polis bersama dua anggotanya yang ditahan berhibur di sebuah pusat hiburan di Taman Dutamas, Cheras, awal pagi semalam, didapati positif dadah.

Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 37 hingga 57 tahun dan bertugas dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu ditukarkan serta-merta ke Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sementara menunggu hasil siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata tiga anggota polis terbabit adalah antara 14 individu yang ditahan dalam serbuan polis di pusat hiburan itu.

Hasil pemeriksaan dan ujian saringan air kencing mendapati 14 orang ditahan itu positif dadah termasuk tiga anggota polis.

Mereka ditahan reman dua hari hingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 kurungan satu, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Satu siasatan tatatertib juga katanya akan menyusul untuk tindakan dalaman polis.

Tegasnya, pegawai dan anggota dilarang berada di pusat hiburan kecuali atas urusan tugas.

Tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah akan diambil ke atas mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar arahan termasuk terbabit penyalahgunaan dadah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini