comscore
Tumpuan :
Jenayah

Diganggu ‘stalker’: Acacia Diana buat laporan polis ketiga hari ini

Foto tangkap layar

PETALING JAYA: Jurufoto wanita dikenali sebagai Acacia Diana yang mendedahkan dirinya diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenali sejak lapan tahun lalu membuat satu lagi laporan polis hari ini .

Dia bagaimanapun mempersoalkan berapa lama perlu menunggu untuk tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Menurut Acadia, setakat ini, sudah tiga laporan polis dibuat berhubung kejadian yang dialaminya itu.

Artikel berkaitan: Jurufoto wanita dakwa 8 tahun diganggu ‘stalker’

“Setakat ni ada buat 3 laporan polis, tahun 2018, 2022 dan hari ini (16 Julai 2023). Persoalan saya, berapa lama lagi untuk tindakan diambil tentang perkara ini?” kata Acacia menerusi e-mail kepada Buletin TV3.

Perkongsian Acacia Diana tular di media sosial sejak beberapa hari lalu dan mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu.

Foto tangkap layar

Menurut Acacia, dia telah berpindah ke United Kingdom tahun lalu untuk memulakan hidup baharu, namun sekali lagi berdepan trauma apabila lelaki terbabit masih mengekorinya hingga ke sana.

“Lebih membimbangkan, sejak awal tahun ini, saya kerap menerima gambar kemaluan lelaki serta panggilan video lucah daripada lelaki terbabit.

“Gangguan itu sememangnya menjejaskan kehidupan, emosi dan kerjaya. Kehidupan saya di sini (UK) juga umpama dipenjara kerana setiap kali keluar, saya terpaksa memakai pelitup muka kerana bimbang diekori lelaki psiko itu,” katanya.

“Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga lelaki terbabit mengambil serius perkara ini. Takkan nak tunggu saya mati baru nak mengambil tindakan? ” katanya.

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly memaklumkan kertas siasatan berhubung kes itu dibuka dan direklasifikasi semula, di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Loading...
Terkini