comscore
Tumpuan :
Jenayah

DADAH | 100 Kilogram Syabu Dirampas

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 100 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM 5.1 juta, di perairan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah bahagian Operasi, Laksamana Muda Maritim, Kamaruszaman Abu Hassan berkata, ia merupakan rampasan terbesar APMM Johor pada tahun ini.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, sebuah bot peronda APMM sedang menjalankan operasi Jaksa telah mengesan sebuah bot fiber yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dipercayai dari muara sungai boh menuju muara Tanjung.

Hasil pemeriksaan atas bot terbabit APMM berjaya menemui empat beg dan sebuah kotak mengandungi 98 paket bungkusan teh yang mengandungi serbuk kristal dipercayai syabu.

Turut dirampas sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran dianggarkan bernilai dua belas ribu ringgit.

Loading...
Terkini