comscore
Tumpuan :
Jenayah

Curi elektrik haram, 56 mesin bitcoin dirampas

Oleh: Safwan Sawi

TAWAU: Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi perlombongan bitcoin di sebuah premis di Taman Perindustrian Prima Jaya, Tawau, tumpas dalam satu serbuan Rabu lalu.

Serbuan dilakukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) termasuk Polis Bantuan SESB.

SESB dalam satu kenyataan berkata hasil serbuan itu, sejumlah 56 buah mesin bitcoin telah berjaya dirampas.

Hasil siasatan premis mendapatkan bekalan elektrik secara haram (premis bermeter) dengan membuat sambungan terus dari verandah main SESB ke premis.

“Melalui bacaan arus di meter pengguna, didapati arus di setiap fasa menunjukkan penggunaan yang tinggi.

“Justeru, serbuan dilakukan polis D4 IPK Sabah dengan kekuatan empat anggota dan 10 kakitangan kerja SESB termasuk Polis Bantuan SESB,” kata kenyataan itu.

Susulan itu bekalan ke premis berkenaan dipotong serta merta.

“Anggaran kerugian awal daripada penyambungan elektrik secara haram ini adalah sebanyak RM105,000,” kata kenyataan itu.

Loading...
Terkini