comscore
Tumpuan :
Jenayah

Curi bahan api di Pangkalan Udara PDRM, enam ditahan

 

Oleh Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Tiga anggota polis antara enam individu yang ditahan susulan laporan kehilangan bahan api jenis kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata tiga suspek berkenaan adalah pegawai rendah polis yang bertugas di dalam Pangkalan Udara berkenaan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata polis menerima satu laporan polis berhubung kehilangan bahan api itu pada 15 Julai lalu.

Berdasarkan laporan diterima, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah amanah.

Hasil siasatan, beberapa siri tangkapan dilakukan pada 16 Julai lalu yang membawa kepada penahanan enam orang lelaki berusia 31 hingga 55 tahun.

Kesemua suspek kini direman antara dua hingga 7 hari bermula dari tarikh tangkapan sehingga 23 Julai depan.

Tambah Datuk Hussein, polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang walaupun kes melibatkan pihak polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini