comscore
Tumpuan :
Jenayah

Cubaan seludup 1,150 liter petrol ke Filipina tumpas

FOTO: Maritim

Oleh: Safwan Sawi

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 46 tong berisi minyak petrol bersubsidi berjumlah 1,150 liter.

Ia ditinggalkan dalam sebuah bot di perairan Pulau Berhala dekat sini yang dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, sepasukan anggota yang melaksanakan operasi pada jam 6 petang mengesan sebuah bot dalam keadaan mecurigakan menghala ke Pulau Taganak, Filipina.

“Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan bot itu berhenti menggunakan siren dan pembesar suara untuk pemeriksaan, namun bot terbabit tiba-tiba mengubah arah menuju ke Pulau Berhala, kemudian memecut laju menuju ke perairan cetek berhampiran daratan bagi melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Suhairy berkata, pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan dengan enjin sangkut 40 kuasa kuda itu didapati didaftarkan atas lesen perikanan dan siasatan lanjut menemui tong minyak petrol berkenaan.

“Nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot dianggarkan berjumlah lebih RM16,000.

“Semua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini