comscore
Tumpuan :
Jenayah

CEO GISBH antara 16 individu ditahan dibawah SOSMA hari ini – Polis

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ditemui dalam sidang di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Seramai 16 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali ditahan hari ini dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Jelasnya, kesemua tangkapan itu melibatkan beberapa pemimpin tertinggi syarikat berkenaan.

“Terbaharu, tangkapan seramai 16 orang tadi dibawah SOSMA, yang mana melibatkan Datuk Haji Nasiruddin Mohd Ali , Hasnan Abdul , Mokhtar Tajuddin…dan seterusnya,” jelasnya.

Kesemua mereka antara 24 individu yang ditahan mengikut Seksyen 12 Akya Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 sebelum ini.

Kesemua mereka sebelum ini ditahan dalam Op Global bermula fasa 1 pada 11 September hingga fasa 4 pada 21 September lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini