comscore
Tumpuan :
Jenayah

Cabul bayi 5 bulan, anak pengasuh direman 7 hari 

Seorang lelaki direman selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 untuk membantu siasatan mencabul seorang bayi perempuan berusia lima bulan -Foto: NSTP

KOTA BHARU: Seorang lelaki direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mencabul bayi perempuan berusia lima bulan dalam kejadian di Kubang Kerian, di sini.

Perintah menahan reman ke atas suspek berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, lelaki berkenaan tiba di Mahkamah Kota Bharu dengan memakai baju lokap sambil dikawal anggota polis.

Dia ditangkap semalam susulan laporan polis yang dibuat ibu bapa mangsa.

Difahamkan, lelaki yang ditahan itu adalah anak kepada pengasuh bayi berkenaan dan penahanannya disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini