Tumpuan :
Jenayah

Bunuh warga emas: “Suspek sering keluar-masuk pusat pemulihan”- Saksi

Anggota polis mengeluarkan dua mayat ibu bapa yang dipercayai ditikam oleh anaknya sendiri di Kampung Sungai Penchala. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Saksi kes pembunuhan suami isteri warga emas dipercayai ditikam anak kandung dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala berkata, dia mendengar jeritan meminta tolong, kemudian tiba-tiba senyap.

Menurut saksi lagi, kejadian itu berlaku ketika penduduk kampung sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib.

“Jiran sebelah rumah haji (mangsa) yang sedar kejadian itu kerana dengar bunyi jeritan meminta tolong.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan yang mengerikan, ini kejadian yang amat tragis kerana saya kenal keluarga ini malah jika sesiapa yang tidak mengenali haji dia bukan orang sini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Foto: NSTP

Menurut salah seorang jiran mangsa yang mengenali keluarga itu lebih 40 tahun berkata suspek sering dilihat pergi ke masjid sejak kebelakangan ini.

Katanya, suspek berusia 40-an dikenali penduduk kampung sebagai seorang yang sering ‘keluar-masuk’ ke pusat pemulihan kerana masalah ketagihan dadah.

“Saya terkejut, saya kenal dia (suspek) sejak dari kecil tak sangka dia tergamak buat perkara sebegini.

“Bapa mangsa memang sangat baik, lemah lembut orangnya malah suspek sendiri rajin membantu bapanya itu melakukan kerja-kerja rumah,” katanya.

Foto: NSTP

Sementara itu, polis menerusi satu kenyataan memaklumkan suspek ditangkap pada jam lebih kurang 10.30 malam di bawah Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke Kuala Lumpur.

Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini