Tumpuan :
Jenayah

Buat ugutan jenayah, 3 lelaki pungut hutang ditahan

Foto hiasan

KLUANG: Gara-gara melakukan ugutan jenayah, tiga lelaki yang mahu menuntut hutang ditahan di hadapan sebuah rumah di Jalan Gunung Lambak Taman Gunung Lambak, di sini tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek yang berusia 34 hingga 43 tahun mempunyai rekod kesalahan lampau mendatangi mangsa yang berusia 50-an.

Katanya, suspek diupah untuk mengutip hutang daripada mangsa yang juga seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan bersama syarikat dari China.

“Pada 12.56 tengahari semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang menerima satu laporan polis.

“Bertindak atas maklumat jam 1.30 petang, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, menahan tiga lelaki tempatan di tempat kejadian.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati supek pertama dan suspek kedua mempunyai rekod kesalahan lampau bagi kes jenayah manakala suspek ketiga turut ada rekod kesalahan kes narkotik.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap semua tangkapan didapati negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini