Tumpuan :
Jenayah

Bertempiaran Lari Macam Anak Ayam 

Oleh Ain Shafiqah Zaki

SHAH ALAM: Jangan terkejut kalau barang dalam talian anda lewat tiba.

Ini kerana sebuah gudang syarikat penghantaran tempatan diserbu malam semalam dalam Op Bersepadu di Shah Alam.

 

Seramai 501 warga asing ditahan pada Op Bersepadu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor bersama Jabatan Pendaftaran (JPN) di sebuah gudang pengasingan barang sebuah syarikat penghantaran di Seksyen 22, Shah Alam, jam 12 tengah malam tadi.

Suasana aman bertukar menjadi hiruk pikuk apabila gudang pengasingan barang sebuah syarikat penghantaran tempatan terkemuka di Seksyen 22 diserbu.

Taktik lapuk turut digunakan untuk meloloskan diri seperti melalui bumbung dan menyorok dalam tandas.

Namun segalanya sudah dihidu pihak berkuasa.

Setiap ceruk dikepung rapi.

Tangkapan dibuat membabitkan warga India, Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Sri Lanka.

Serbuan dijalankan 78 penguat kuasa Imigresen Selangor dan empat pegawai Jabatan Pendaftaran.

Menurut Timbalan Pengarah (Kawalan) JIM Selangor, Tarmizi Talib Ali saman turut diberi kepada lima warga tempatah yang merupakan penyelia kepada premis berkenaan.

Difahamkan, pihak Imigresen akan merekodkan keterangan pengurusan syarikat penghantaran itu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Loading...
Terkini