comscore
Tumpuan :
Jenayah

Bergaduh parkir dihalang, mangsa tetakan terima 35 jahitan, suspek ditahan 

Tangkap layar video tular

GOMBAK: Lelaki yang ditetak selepas berlakunya pergaduhan ekoran halangan parkir di kawasan perumahan di Kepong, di sini semalam, menerima 35 jahitan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari ketika dihubungi Buletin TV3.

Katanya lelaki berkenaan seorang pekerja sambilan masih dirawat di hospital namun dilaporkan stabil.

Manakala suspek ditahan kira-kira 6.45 petang semalam, di lokasi kejadian.

Polis sedang membuat permohonan reman ke atas suspek.

Terdahulu tular video kekecohan berlaku selepas dua lelaki bertumbuk, sebelum mangsa dilihat terduduk sambil menahan kesakitan akibat kecederaan dialami.

Orang ramai yang melihat kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini